Translate
Monday, December 3, 2012
Pangkor Laut Resort
Labels:
Melancong
Monday, November 26, 2012
Cameron Higlands Resort
Percutian bulan madu di tanah tinggi cameron higland semestinya menjanjikan ketenangan serta menjauhkan diri kita dari kesibukan kota. Bagi mereka yang inginkan suasana aman dan nyaman serta dingin. Disinilah tempat yang baik untuk anda serta pasangan anda berbulan madu. Suasana Nyaman di kelilingi ladang teh dan cuaca yang sejuk dapat menambah keriangan hari cuti anda.
Perjalanan ke Cameron Higland Resort boleh adalah tidak susah dan tidak jauh dari Ibu Kota Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut mengenai Cameron Higlands Resort anda boleh menghubungi 03-27831000. Selamat Bercuti saya ucapkan.
Labels:
Melancong
Nexus Resort & Spa
Untuk menjadi lebih romantik, anda boleh memilih villa mewah persendirian untuk anda diami berdua bersama pasangan. Malahan Nexus Resort & Spa turut menawarkan pakej berbulan madu 3 hari 2 malam dan merangkumi makan malam berlilin. di pondok gazebo di tepi pantai. Anda juga boleh mendapat diskaun untuk rawatan di Spa dan Rawatan Aromaterapi selama satu jam. untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.nexusresort.com.
Labels:
Melancong
Belum Rainforest Resort
Belum Rainforest Resort adalah resort eko pelancongan yang terkenal di Malaysia. Belum Rainforest Resort terletak di Tasik Banding, Grik Perak. Resort ini dikelilingi oleh suasana tasik dan hutan hujan Khatulistiwa iaitu yang tertua di dunia.
Selain boleh menghabiskan masa bersama yang tersayang melihat keindahan sekitar, anda juga boleh menaiki rumah rakit untuk mengelilingi kawasan sekitar. Selain itu, anda juga boleh mencuba kekuatan fizikal dengan melakukan aktiviti lasak menerokai alam di dalam hutan. Alam yang tercipta di sini masih belum terusik dan tentunya menjadikan bulan madu anda penuh bermakna.
Labels:
Melancong
Tanjung Jara Resort
Tanjung Jara Resort adalah rankaian hotel mewah yang menyajikan segala keindahan dan keperluan berbulan madu. Terletak di dungun Terengganu dan berhadapan pantai serta lautan Laut China Selatan. setiap bangunan dalam resort ini bermotifkan sentuhan eksklusif istana kesultanan Melayu. Hubungi 09-8451100 untuk tempahan.
Untuk ke Tanjung Jara Resort resort. Anda boleh menaiki teksi daripada Lapangan terbang Kuala Terengganu terus ke Tanjung Jara Resort. Jika anda menaiki mendarat di Lapangan terbang Kerteh, Kerteh Terengganu, Anda juga boleh menaiki teksi ke Tanjung Jara Resort dari Lapangan terbang tersebut.
Labels:
Melancong
Mabul water bungalows, Sipadan Sabah
Bayangkan anda menghabiskan masa berbulan madu bersama orang tersayang di banglo mewah berlatarbelakangkan laut yang jernih dan suasana malam yang sangat mendamaikan. Dari atas bilik anda dapat melihat kejernihan air di pulau mabul dan pulau sipadan. Malah anda juga boleh mengabadikan cinta dengan menyelam ke dalam lautan dan melihat keindahan batu karan dan ikan yang berwarna warni. Pulau Sipadan dan Pulau Mabul adalah percutian yang yang pasti anda tidak dapat melupakan.
Mabul water bungalows, terletak di pantai barat lautan Sabah dan perjalanan ke pulau mabul boleh dilakukan melalui semporna, sabah sebelum menaiki bot ke pulau Mabul. Untuk maklumat tambahan anda boleh melayari www.waterbungalows.com atau telefon 088-2576699.
Labels:
Melancong
Wednesday, October 24, 2012
Hotel Uitm Dungun (Terengganu)
Ni SPs nak bagi info sedikit tentang Hotel Uitm Dungun (Terengganu). Hotel ini memang selesa lah untuk business trip, melancong bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Hotel Uitm Dungun ni terletak tidak jauh dari pantai teluk gadung dalam beberapa ratus meter ja. Hotel ni bersebelahan dengan kampus UITM TERENGGANU. Hotel Uitm Dungun juga terletak bersebelahan Padang Golf iaitu padang Kelab Golf Dungun.
Dalam Hotel Uitm ni ada satu restoran iaitu restoran sri molek. Dalam restoran ni ada ada macam-macam jenis makanan mengikut offer tiap-tiap bulan. Kalau tak menginap kat hotel pun boleh makan kat restoran sri molek. kalau yang dah menginap tu tentu dapat breakfast free. SPs dah rasa makanan kat restoran Sri molek ni. Memang tidak dinafikan lagi sedap hingga menjilat jari.
Ni nak bagi sedikit info tentang rate kat Hotel Uitm Dungun ni.
Hari Sabtu Hingga Rabu
Bilik Superior = RM 120
Bilik Deluxe = RM 160
Kenanga Suite = RM 200
Hari Khamis dan Jumaat
Bilik Superior = RM 150
Bilik Deluxe = RM 200
Kenanga Suite = RM 250
Kalau anda kerja kerajaan ada potongan. tapi kena bawak kad yang menunjukkan anda bekerja dengan kerajaan. Faham tuh. kalau. ni ada info tambahan lagi. kalau musim cuti sekolah book la awal awal takut tak ada bilik kosong. musim cuti sekolah room rate adalah fix rate.
kalau nak info tambahan sila layari laman web Hotel Uitm Dungun (Terangganu) ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blogger templates
Popular Posts
-
Ni SPs nak bagi info sedikit tentang Hotel Uitm Dungun (Terengganu). Hotel ini memang selesa lah untuk business trip, melancong bersama ...
-
Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut: • 1Malaysia adalah gaga...
-
Konsep 1 Malaysia Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak ...
-
tgklah betapa baiknya kerajaan Malaysia yang akan menyediakan ganjaran RM5000 seorang jika Pasukan Malaysia berjaya Memenangi Piala Suzuki A...
-
Alahamdulillah.. minyak masak taknaik.. tapi yang lain naik.huhuhuhu PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke...
-
Ha. ni dia perkara yang terjadi di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Seorang guru dituduh mencabul 12 muridnya sekali gus dalam masa yang sama...
-
Pangkor Laut Resort pernah tersenarai di dunia sebagai salah satu daripada tempat berbulan madu terbaik di dunia. Terletak di Pangk...
-
PRINSIP PENERIMAAN • Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi k...
-
SIMPANG EMPAT – Penduduk di Rancangan Perumahan Awam (RPA) di sini mahu Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan segera berkaitan paip pe...
-
Bayangkan anda menghabiskan masa berbulan madu bersama orang tersayang di banglo mewah berlatarbelakangkan laut yang jernih dan suasa...