Ni SPs nak bagi info sedikit tentang Hotel Uitm Dungun (Terengganu). Hotel ini memang selesa lah untuk business trip, melancong bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Hotel Uitm Dungun ni terletak tidak jauh dari pantai teluk gadung dalam beberapa ratus meter ja. Hotel ni bersebelahan dengan kampus UITM TERENGGANU. Hotel Uitm Dungun juga terletak bersebelahan Padang Golf iaitu padang Kelab Golf Dungun.
Dalam Hotel Uitm ni ada satu restoran iaitu restoran sri molek. Dalam restoran ni ada ada macam-macam jenis makanan mengikut offer tiap-tiap bulan. Kalau tak menginap kat hotel pun boleh makan kat restoran sri molek. kalau yang dah menginap tu tentu dapat breakfast free. SPs dah rasa makanan kat restoran Sri molek ni. Memang tidak dinafikan lagi sedap hingga menjilat jari.
Ni nak bagi sedikit info tentang rate kat Hotel Uitm Dungun ni.
Hari Sabtu Hingga Rabu
Bilik Superior = RM 120
Bilik Deluxe = RM 160
Kenanga Suite = RM 200
Hari Khamis dan Jumaat
Bilik Superior = RM 150
Bilik Deluxe = RM 200
Kenanga Suite = RM 250
Kalau anda kerja kerajaan ada potongan. tapi kena bawak kad yang menunjukkan anda bekerja dengan kerajaan. Faham tuh. kalau. ni ada info tambahan lagi. kalau musim cuti sekolah book la awal awal takut tak ada bilik kosong. musim cuti sekolah room rate adalah fix rate.
kalau nak info tambahan sila layari laman web Hotel Uitm Dungun (Terangganu) ni.
No comments:
Post a Comment
Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.