Translate

Monday, December 3, 2012

Pangkor Laut Resort



Pangkor Laut Resort pernah tersenarai di dunia sebagai salah satu daripada tempat berbulan madu terbaik di dunia. Terletak di Pangkor, Perak. Pangkor Laut Resort adalah pulau persendirian. Pangkor Laut Resort merupakan tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Pantai yang indah dapat lagi nyaman dapat membuat diri anda tenang dan dan melupakan kesibukan di ibu kota. 


Monday, November 26, 2012

Cameron Higlands Resort


Percutian bulan madu di tanah tinggi cameron higland semestinya menjanjikan ketenangan serta menjauhkan diri kita dari kesibukan kota. Bagi mereka yang inginkan suasana aman dan nyaman serta dingin. Disinilah tempat yang baik untuk anda serta pasangan anda berbulan madu. Suasana Nyaman di kelilingi ladang teh dan cuaca yang sejuk dapat menambah keriangan hari cuti anda. 

Perjalanan ke Cameron Higland Resort boleh adalah tidak susah dan tidak jauh dari Ibu Kota Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut mengenai Cameron Higlands Resort anda boleh menghubungi 03-27831000. Selamat Bercuti saya ucapkan.

Nexus Resort & Spa



Nexus Resort & Spa terletak di Karambunai, Sabah. Perjalanan sejauh 28km dari kota kinabalu Sabah. Karambunai merangkumi kawasan seluas 3335 ekar dengan landskap yang lengkap dengan adanya gunung, pantai, lautan menjadi latar kepada 485 bilik suite dan villa mewa. Suasana di sini memang cukup privacy dan tenang. 

Untuk menjadi lebih romantik, anda boleh memilih villa mewah persendirian untuk anda diami berdua bersama pasangan. Malahan Nexus Resort & Spa turut menawarkan pakej berbulan madu 3 hari 2 malam dan merangkumi makan malam berlilin. di pondok gazebo di tepi pantai. Anda juga boleh mendapat diskaun untuk rawatan di Spa dan Rawatan Aromaterapi selama satu jam. untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.nexusresort.com.

Belum Rainforest Resort



Belum Rainforest Resort adalah resort eko pelancongan yang terkenal di Malaysia. Belum Rainforest Resort terletak di Tasik Banding, Grik Perak. Resort ini dikelilingi oleh suasana tasik dan hutan hujan Khatulistiwa iaitu yang tertua di dunia. 

Selain boleh menghabiskan masa bersama yang tersayang melihat keindahan sekitar, anda juga boleh menaiki rumah rakit untuk mengelilingi kawasan sekitar. Selain itu, anda juga boleh mencuba kekuatan fizikal dengan melakukan aktiviti lasak menerokai alam di dalam hutan. Alam yang tercipta di sini masih belum terusik dan tentunya menjadikan bulan madu anda penuh bermakna. 

Tanjung Jara Resort


Tanjung Jara Resort adalah rankaian hotel mewah yang menyajikan segala keindahan dan keperluan berbulan madu. Terletak di dungun Terengganu dan berhadapan pantai serta lautan Laut China Selatan. setiap bangunan dalam resort ini bermotifkan sentuhan eksklusif istana kesultanan Melayu. Hubungi 09-8451100 untuk tempahan. 

Untuk ke Tanjung Jara Resort resort. Anda boleh menaiki teksi daripada Lapangan terbang Kuala Terengganu terus ke Tanjung Jara Resort. Jika anda menaiki mendarat di Lapangan terbang Kerteh, Kerteh Terengganu, Anda juga boleh menaiki teksi ke Tanjung Jara Resort dari Lapangan terbang tersebut. 

Mabul water bungalows, Sipadan Sabah



Bayangkan anda menghabiskan masa berbulan madu bersama orang tersayang di banglo mewah  berlatarbelakangkan laut yang jernih dan suasana malam yang sangat mendamaikan. Dari atas bilik anda dapat melihat kejernihan air di pulau mabul dan pulau sipadan. Malah anda juga boleh mengabadikan cinta dengan menyelam ke dalam lautan dan melihat keindahan batu karan dan ikan yang berwarna warni. Pulau Sipadan dan Pulau Mabul adalah percutian yang yang pasti anda tidak dapat melupakan. 

Mabul water bungalows, terletak di pantai barat lautan Sabah dan perjalanan ke pulau mabul boleh dilakukan melalui semporna, sabah sebelum menaiki bot ke pulau Mabul. Untuk maklumat tambahan anda boleh melayari www.waterbungalows.com atau telefon 088-2576699. 

Wednesday, October 24, 2012

Hotel Uitm Dungun (Terengganu)


Ni SPs nak bagi info sedikit tentang Hotel Uitm Dungun (Terengganu). Hotel ini memang selesa lah untuk business trip, melancong bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Hotel Uitm Dungun ni terletak tidak jauh dari pantai teluk gadung dalam beberapa ratus meter ja. Hotel ni bersebelahan dengan kampus UITM TERENGGANU. Hotel Uitm Dungun juga terletak bersebelahan Padang Golf iaitu padang Kelab Golf Dungun. 

Dalam Hotel Uitm ni ada satu restoran iaitu restoran sri molek. Dalam restoran ni ada ada macam-macam jenis makanan mengikut offer tiap-tiap bulan. Kalau tak menginap kat hotel pun boleh makan kat restoran sri molek. kalau yang dah menginap tu tentu dapat breakfast free. SPs dah rasa makanan kat restoran Sri molek ni. Memang tidak dinafikan lagi sedap hingga menjilat jari. 

Ni nak bagi sedikit info tentang rate kat Hotel Uitm Dungun ni. 

Hari Sabtu Hingga Rabu
Bilik Superior  = RM 120 
Bilik Deluxe     = RM 160
Kenanga Suite = RM 200

Hari Khamis dan Jumaat
Bilik Superior  = RM 150 
Bilik Deluxe     = RM 200
Kenanga Suite = RM 250

Kalau anda kerja kerajaan ada potongan. tapi kena bawak kad yang menunjukkan anda bekerja dengan kerajaan. Faham tuh. kalau. ni ada info tambahan lagi. kalau musim cuti sekolah book la awal awal takut tak ada bilik kosong. musim cuti sekolah room rate adalah fix rate. 

kalau nak info tambahan sila layari laman web Hotel Uitm Dungun (Terangganu) ni. 

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia