Translate

Tuesday, February 8, 2011

Baiki Paip Bocor

SIMPANG EMPAT – Penduduk di Rancangan Perumahan Awam (RPA) di sini mahu Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan segera berkaitan paip pecah yang pernah dilaporkan mereka sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) RPA Simpang Empat, Abd Hamid Ahmad berkata, pihaknya sejak enam bulan lalu sudah mengemukakan beberapa laporan kepada JKR berkaitan paip besi lintasan bawah tanah yang bocor, namun pihak tersebut belum hadir menyelesaikannya.

Menurutnya, beberapa penduduk di sini merungut apabila limpahan air dari paip berkenaan memasuki perkarangan rumah mereka sehingga menyebabkan becak dan berlumpur.

“Saya sejak enam bulan lalu sudah beberapa kali aduan dibuat termasuk panggilan telefon kepada JKR, namun sehingga kini belum ada apa-apa tindakan diambil.

“Justeru, saya merayu pihak berkenaan mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini demi kemudahan dan keselesaan penduduk di sini,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Che Tom Abd Rahman berkata, dia risau masalah berkenaan akan menjadi lebih serius sekiranya tidak diambil tindakan segera.

“Saya bimbang keadaan ini akan mengundang kejadian tanah jerlus disebabkan struktur tanah yang lembut. Mini tar di sini juga semakin hari semakin terhakis.

“Air kini sudah merebak ke kawasan letak kereta di rumah saya. Beberapa kesan retakan sudah berlaku menyebabkan kami bimbang untuk meletakkan kenderaan di situ,” katanya

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia