Translate

Sunday, December 12, 2010

Pemain Dapat Ganjaran

tgklah betapa baiknya kerajaan Malaysia yang akan menyediakan ganjaran RM5000 seorang jika Pasukan Malaysia berjaya Memenangi Piala Suzuki AFF. 


Berita lanjut: (gambar hiasan)



Ganjaran RM5,000 seorang jika menang Piala Suzuki AFF



KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak negara akan mendapat ganjaran RM5,000 seorang jika berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF. 

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata ganjaran itu adalah sama dengan ganjaran yang diberi kepada pemenang pingat emas Sukan SEA di Laos pada 2009.
"Tahniah kepada pasukan bola sepak kerana berjaya memasuki separuh akhir, tetapi kejayaan sebenar ialah apabila menjadi juara," katanya pada majlis makan malam meraikan pasukan bola sepak di sini malam tadi.


Malaysia akan menentang Vietnam pada perlawanan separuh akhir kejohanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini dan di tempat lawan pada 18 Disember. - BERNAMA 


Sumber Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia