Translate

Wednesday, November 24, 2010

7 PESONA PERLIS


 Ladang Tebu Chuping
Chuping diambil sempena nama sebuah bukit batu kapur yang mana dengan panggilan biasanya ialah Bukit Chuping. Di sini terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.

Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.


Empangan Timah Tasoh
Adakah anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda anda sebagai tempat yang mendamaikan. Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter padu




Taman Ular Dan Reptilia
Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesis ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesis-spesis lain seperti buaya, biawak kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.

Harumanis
Ladang mempelam harumanis merupakan salah satu produk pelancongan  utama  di  negeri  Perlis. Ianya  terletak  di kawasan  Bukit   Bintang, Sungai Batu  Pahat. 
Ladang mempelam   ini  amat  unik  sekali    kerana   tidak terdapat    di    negeri  – negeri    lain .  Selain    itu    rasa   dan aroma buahnya yang tersendiri telah menarik pelawat untuk    berkunjung ke    ladang ini. Ianya hanyaImage    boleh   dinikmati  setahun   sekali   sekitar  bulan  Mac  –  Jun. 


 Laksa Kuala Perlis
Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri Perlis.Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan ikan begitu berselera dimakan.
Makanan ini begitu terkenal di sepanjang pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan acuan tertentu bagi  menghasilkan juraian-juraian laksa. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang direbus, dilumatkan dan dimasak dengan perencahnya.


Makanan Laut
Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar.Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaanya makanan laut ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.


Padang Besar
Padang Besar terletak 37 km dari bandar Kangar, Perlis dan bersempadan dengan Thailand. Ia merupakan salah satu pintu masuk dan keluar utama penduduk negara ini ke negara jiran.
Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah.  Ini kerana kebanyakan Imagebarangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.

(Sumber daripada Kerajaan Negeri  PERLIS)

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia