Translate

Thursday, January 20, 2011

Ali Tak Sesuai

KANGAR – Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh bersedia menyahut cabaran untuk berdebat berkaitan isu ‘Talkin untuk UMNO Perlis’ seperti yang dibangkitkan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Padang Besar, Ali Ismail.

Bagaimanapun katanya, debat itu mesti diambil bahagian oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ataupun, Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang disifatkan beliau sebagai individu yang menjadi punca utama dalam masalah politik Perlis.

Hashim berkata, Ali bukan individu yang sesuai untuk berdebat dengannya memandangkan Ketua UMNO Cawangan Batu Bertangkup Chuping itu tidak berada pada kedudukan yang boleh membuat keputusan dalam parti.

“Saya bukan hendak memperkecilkan Ali tetapi dia tidak boleh membuat sebarang keputusan melalui perdebatan itu. Saya berpendapat Ali mungkin terkeliru dengan peranan yang sepatut dimainkannya.

“Debat politik sesuatu yang serius untuk memastikan tindakan boleh diambil hasil perdebatan berkenaan.

"Justeru, saya mencadangkan Ali untuk mengatur satu debat antara saya dengan Datuk Seri Md Isa atau Datuk Seri Radzi kerana isu ‘Talkin untuk UMNO Perlis’ berkisar kepada dua individu ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Padang Besar, Ali Ismail mencabar bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh untuk tampil berdebat dengannya berkaitan isu ‘Talkin Untuk UMNO Perlis yang pernah dibangkitkan Hashim.

Ali yang juga Ketua UMNO Cawangan Batu Bertangkup berkata, Hashim sebagai orang yang berpengalaman dalam politik dan individu yang berani membangkitkan isu ‘Talkin Untuk UMNO Perlis’ itu mesti berani menyahut cabaran yang dikemukakannya.

“Saya sendiri akan mewakili UMNO Perlis berdebat dengan Hashim yang membangkitkan isu berkaitan ‘Talkin untuk UMNO Perlis’ selain gemar mengeluarkan kenyataan yang meragukan dan berbaur fitnah kepada UMNO negeri ini,” katanya.

Hashim berkata, beliau mencadangkan 3 Februari ini untuk menganjurkan debat berkenaan bagaimanapun, lokasi dan masa diserahkan kepada Ali untuk tentukan mewakili Md Isa dan Radzi.

Selain itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Ali kerana membuktikan beliau adalah penyokong tegar kedua-dua individu berpengaruh itu.

“Radzi dan Md Isa adalah punca UMNO Perlis bakal dikuburkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dan kami hanya mentalkinkannya,” katanya.

Sinar Harian Utara

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia