Translate
Saturday, January 1, 2011
Aset Negara
Skuad Harimau Malaya disaran terus digilap, beri pendedahan antarabangsa
BARISAN juara Piala AFF Suzuki negara berpotensi untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi bagi memartabatkan semula imej bola sepak negara di masa akan datang.
Kejayaan skuad bimbingan jurulatih K Rajagobal menjuarai saingan rantau Asia Tenggara itu buat kali pertama selepas 14 tahun, meletakkan mereka sebagai aset penting negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Begitupun, katanya, bakat sedia ada barisan pemain muda negara ini perlu terus digilap dan diberi pendedahan peringkat antarabangsa secara berterusan.
“Ini adalah langkah permulaan untuk kita mengorak langkah lebih jauh dalam arena bola sepak, khususnya di peringkat antarabangsa. Kemenangan ini (menjuarai Piala AFF) adalah pembakar semangat untuk kita lebih maju ke depan, khususnya di pentas antarabangsa,” katanya.
Malaysia muncul juara Piala AFF buat julung kalinya selepas menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat dalam perlawanan final timbal balas di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Sabtu lalu.
Kata Ahmad Shabery, tanpa semangat juang tinggi yang ditunjukkan ketika final kedua di Jakarta, sukar bagi skuad digelar Harimau Malaya itu untuk mencipta kejayaan, khususnya dalam situasi tertekan diasak penyokong Indonesia dari segenap penjuru di gelanggang lawan.
“Belum ada dalam sejarah bola sepak dunia, pemain dibawa masuk ke stadium menggunakan kereta perisai. Kereta perisai lazimnya digunakan tentera untuk berperang, bukan untuk bawa pemain bola sepak masuk stadium,” katanya pada Majlis Program Komuniti Sihat peringkat Parlimen Kemaman, di Kampung Gong Limau, Chukai, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, walaupun skuad negara tewas 1-2 pada final kedua itu, semangat juang tinggi yang pemain muda negara tunjukkan di sepanjang 90 minit perlawanan, melayakkan mereka untuk digelar wira negara.
Sumber Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
Popular Posts
-
Ni SPs nak bagi info sedikit tentang Hotel Uitm Dungun (Terengganu). Hotel ini memang selesa lah untuk business trip, melancong bersama ...
-
Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut: • 1Malaysia adalah gaga...
-
Konsep 1 Malaysia Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak ...
-
tgklah betapa baiknya kerajaan Malaysia yang akan menyediakan ganjaran RM5000 seorang jika Pasukan Malaysia berjaya Memenangi Piala Suzuki A...
-
Alahamdulillah.. minyak masak taknaik.. tapi yang lain naik.huhuhuhu PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke...
-
Ha. ni dia perkara yang terjadi di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Seorang guru dituduh mencabul 12 muridnya sekali gus dalam masa yang sama...
-
Pangkor Laut Resort pernah tersenarai di dunia sebagai salah satu daripada tempat berbulan madu terbaik di dunia. Terletak di Pangk...
-
PRINSIP PENERIMAAN • Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi k...
-
SIMPANG EMPAT – Penduduk di Rancangan Perumahan Awam (RPA) di sini mahu Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan segera berkaitan paip pe...
-
Bayangkan anda menghabiskan masa berbulan madu bersama orang tersayang di banglo mewah berlatarbelakangkan laut yang jernih dan suasa...
No comments:
Post a Comment
Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.