Translate

Wednesday, January 26, 2011

Harimau kena Ikat

pix_gal0

Tidak boleh wakili negeri, tumpu cabaran ke Olimpik

DATUK Seri Ahmad Shabery Cheek membuat satu kenyataan panas, semalam yang harus menyentap cabaran pasukan utama dalam kancah liga tempatan khususnya Liga Super yang bermula, Sabtu ini namun dari segi realiti segala-galanya tampak terarah kepada kebaikan masa depan skuad bola sepak Harimau Malaya.

Menteri Belia dan Sukan itu tampil dengan satu syor melarang pemain yang dikenal pasti mewakili skuad kebangsaan untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 tidak beraksi di liga tempatan selepas barisan didik K Rajagobal terpilih dalam program Road To London, semalam.
Apapun, Shabery tidak mahu terburu-buru, malah akan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencari jalan terbaik susulan ganjaran membiayai program latihan pemain negara ke kelab ternama diberi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ketika ini pemain terbabit ada yang mewakili negeri atau kelab. Tetapi kita mahu pemain yang dikenal pasti itu memberi tumpuan sepenuhnya bagi perlawanan kelayakan Olimpik dan isu ini akan diselesaikan secepat mungkin,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Road To London 2012 dan melancarkan logo Tahun Industri Sukan 2011-2012.

Dia menambah, Kementerian Belia dan Sukan akan membantu dari awal persiapan acara sukan yang disenaraikan dalam Road To London seperti bola sepak dan hoki untuk berjaya menempah tiket ke Olimpik.

“Kita tidak mahu apabila acara itu layak ke Olimpik, baru kita nak bantu. Pendekatan baru yang kita ambil ialah membantu mereka yang tersenarai dalam Road To London dari sekarang dalam persediaan mendapatkan tempat ke London,” katanya mengenai keseluruhan 77 atlit yang tersenarai dalam program Road To London.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong beranggapan pengumuman oleh menteri berkenaan bertujuan memberi tumpuan penuh kepada pembentukan skuad kebangsaan lebih mantap. Dia berharap tidak akan timbulnya masalah semasa perbincangan bersama badan induk bola sepak negara itu nanti.
“Adalah penting buat skuad kebangsaan untuk melakukan pendedahan antarabangsa dan perlawanan persahabatan kerana jika kita tidak memberikan tumpuan, macam mana kita nak capai kejayaan di tahap lebih tinggi. Ini yang penting dan kalau ada kepentingan lain, kita mungkin kena fikirkan bersama jalan penyelesaian,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia