Translate

Tuesday, January 18, 2011

Duit 5 ringgit mengecil......


KANGAR – Seorang pekerja kedai dobi mempunyai hobi pelik sejak setahun lalu apabila gemar menghimpunkan wang RM5 bersaiz kecil sebesar kotak rokok.

Lelaki berkenaan, Shafie Norman berkata, dia yang kini menyimpan lebih 30 keping wang begitu mula mengumpul sejak setahun lalu apabila wang RM5 bersaiz biasa sering mengecut apabila terperangkap di dalam mesin pengering baju di tempat kerjanya.

Menurutnya, perkara itu tidak berlaku kepada wang kertas biasa tetapi berlaku kepada wang RM5 kerana kandungan bahan plastik tinggi dan mudah mengecut apabila terkena haba.

“Ia sering berlaku terhadap wang yang tidak dikeluarkan daripada poket seluar pelanggan lalu termasuk ke dalam mesin pengering baju. Mungkin disebabkan wap panas, ia akan mengecut tetapi masih mengekalkan bentuk asal.

“Apabila perkara itu sering berlaku, saya tertarik dan menjadikannya sebagai hobi serta kini sudah menyimpan lebih 30 keping wang kecil terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kerjanya di sini, semalam.

Shafie berkata, keadaan itu amat merugikan kerana wang berkenaan sangat sensitif selain mudah koyak berbanding wang kertas yang lain.

“Saya berpendapat kerajaan sepatutnya mengkaji semula penggunaan plastik dalam wang kertas ataupun menggantikan ia kepada wang kertas seperti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Norlida Sahar berkata, dia sudah beberapa kali menghadapi perkara sama selain sering menerima wang yang bertampal pelekat daripada peruncit.

“Apabila wang plastik itu hampir koyak, mereka akan meletakkan pelekat, bagaimanapun pelekat itu hanya akan merosakkan wang terbabit sehingga kadangkala nilainya diragui,” katanya.

Sumber Sinar Harian Utara

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia