Translate

Wednesday, January 19, 2011

Samun Dalam Surau

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menyamun sekumpulan pelajar selepas mengumpulkan mereka dalam sebuah surau di Taman Wang Maju, di sini, kononnya mangsa memukul adiknya.

Lelaki terbabit sengaja mereka cerita adiknya dipukul kumpulan remaja berusia 15 tahun terbabit sebelum membuka baju menunjukkan tubuhnya yang berotot bagi menimbulkan rasa gerun kepada mangsa.


Akibat takut dicederakan, mangsa menyerahkan semua barang berharga termasuk telefon bimbit mengakibatkan mereka kerugian kira-kira RM3,000.

Seorang daripada mangsa dikenali dengan panggilan Shah berkata, dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, dia dalam perjalanan ke padang permainan untuk bermain bola keranjang.


Katanya, sebaik tiba di surau berhampiran, seorang lelaki yang berada di atas sebuah motosikal Yamaha LC135 memanggil mereka masuk ke dalam surau berkenaan.


Sumber Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia