Translate

Sunday, February 6, 2011

Menaran Retak

KANGAR – Berfungsi sebagai menara kawalan bagaimanapun, kedudukannya sendiri tidak selamat. Itulah yang berlaku kepada menara kawalan di Pos Padang Cina, Bukit Batu Putih, sempadan Malaysia-Thailand, di Kuala Perlis, di sini.

Menara itu kini dikesan retak dan manakala bahagian bawahnya pecah sehingga menyebabkan kedudukannya bergoyang apabila ditiup angin kencang terutama pada waktu tengah hari dan petang.

Selain keadaan menara kawalan yang daif, kawasan di sekitar tembok sempadan juga dilihat tidak diselenggara dengan baik apabila turut dipenuhi semak sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada kawasan sempadan negara itu.

Penduduk Mokhtar Rejab, 35, berkata, tindakan segera perlu diambil memandangkan jalan keselamatan berhampiran tembok kini sudah dijadikan pusat pembuangan sampah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Kawasan di sekitar sini amat cantik dan boleh dikomersialkan namun, malangnya ia tidak dijaga dan kini dijadikan pusat pelupusan sampah,” katanya.

Sementara itu, beberapa anggota tentera dari Kompeni Alfa, Rejimen Sempadan (RS) yang mengambil alih tugas mengawal sempadan Bukit Batu Putih daripada anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) sejak tiga minggu lalu, mengakui keadaan itu.

Menurut pasukan itu, mereka terpaksa berhati-hari termasuk mengagihkan tugas dengan bergilir-gilir membuat kawalan dari bahagian atas menara kerana bimbang bilangan yang ramai di atas menara menyebabkan keadaan berbahaya.

Difahamkan, ada tiga menara kawalan dibina pihak berkuasa sepanjang kira-kira tiga kilometer berdekatan tembok sempadan lebih 10 tahun lalu, dua daripadanya sudah dirobohkan.

Satu daripada menara tunggal yang masih kekal ialah di Pos Padang Cina dan perlu dirobohkan serta merta bagi memastikan keselamatan petugas yang mengawasi sempadan terbabit.


2 comments:

  1. bahaya tu.. taun baru ni, tukar baru la..

    ReplyDelete

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia