Translate

Thursday, February 17, 2011

Wanita keadilan edar buku

KANGAR – Wanita Keadilan hanya mengambil masa kurang satu jam untuk mengedarkan kira-kira 1,000 Buku Jingga yang mengariskan rancangan Pakatan Rakyat sekiranya mengambil alih pemerintahan di Nat Kuala Perlis, di sini.

Ketua Penerangan Wanita Keadilan Pusat, Ramlah Asia Hoo berkata, program itu adalah agenda daripada majlis pimpinan Wanita Pusat untuk menyebarkan maklumat berkaitan janji 100 hari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, ia adalah fokus kepada agenda perubahan yang akan dibawa Pakatan Rakyat sekiranya berjaya memerintah kerajaan.

“Pada pagi ini, kita mengedarkan kira-kira 1,000 Buku Jingga dan amat berpuas hati kerana sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan apabila mereka tekun membaca buku itu.

“Ini adalah salah satu kaedah Pakatan Rakyat dalam menyebarkan agenda parti dan program seperti ini amat berkesan kerana kita boleh bertemu empat mata dengan akar umbi,” katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama, Majlis Pimpinan Wanita Pusat, Fauziah Hamzah dan Ketua Wanita Keadilan Perlis, Fazirah Hussain.

Ramlah berkata, pihaknya sudah melaksanakan program seumpana itu di Kedah beberapa hari sebelum ke Perlis dan sambutan di negeri diperintah Pas itu juga amat berjaya.

Menurutnya, di Kedah, beberapa lokasi termasuk Pekan Rabu, Alor Setar dan daerah Padang Terap dipilih untuk mengedarkan buku jingga berkenaan selepas mendapat kerjasama Wanita Keadilan Kedah.


P/s-: Tak salah kan..

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia