Translate

Monday, December 27, 2010

Malaysia Menang 3-0.. Malaysia Boleh

Penyokong 1 Malaysia yang bersemangat menyokong  Pasukan Malaysia.
Malaysia bawa bekalan selesa 3-0 ke Jakarta

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Malaysia menunaikan hajat besar jutaan peminat bola sepak tanah air, dan kini mereka hampir mendakap Piala Suzuki AFF buat julung kali selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.



Situasi ini membuatkan pasukan pelawat bergelar Merah-Putih itu bertambah pincang kerana ada tugasan besar untuk dibereskan di Jakarta, Rabu ini dalam perlawanan akhir kedua dengan realitinya harus menjaringkan empat gol tanpa dibolosi untuk menafikan impian pasukan Harimau Malaysia.
Berdasarkan format pertandingan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) keputusan perlawanan untuk menentukan juara ditentukan atas perkiraan agregat gol dalam dua perlawanan timbal balik.


Pancaran laser dan letupan bom asap pada babak kedua di gelanggang menyentap sedikit penghormatan negara kerana gelagat penyokong yang kurang bertanggungjawab tapi dua gol daripada Mohd Safee Sali pada minit ke-60 dan 72 serta satu menerusi pemain gantian, Mohd Ashari Samsudin, minit ke-68 berjaya memadamkan ‘gangguan sementara’ itu.


Jurulatih, K Rajagobal yang merancang baik strategi pasukan pada setiap perlawanan mengulangi komitmen sama dan beranggapan gol pertama pada babak kedua meniup semangat pemainnya untuk mencari kemenangan mutlak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.


“Selepas mendapat gol pertama, sama seperti di Indonesia dulu, ia menaikkan semangat pemain dan selepas itu, kita terus menyerang dan mendapat gol kedua dan ketiga. Kita mungkin boleh menambah gol keempat namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti. 
“Sebelum bermain, saya sudah dapat rasakan yang kita akan mendapat tiga gol. Apa yang pasti pemain berjaya menghiburkan seluruh penyokong kita di stadium malam ini (malam tadi). Mereka berhak untuk menang ,” katanya.


Kedudukan berbekal modal selesa ini akan dibawa pasukan ke Stadium Gelora Bung Karno, Rabu ini ketika ramai sudah beranggapan pasukan kebangsaan ini ada ramuan untuk mengatasi rekod barisan 1996 – yang layak ke final – untuk muncul juara baru kali ini.


Dalam final pada tahun berkenaan pasukan yang dibintangi pemain seperti Zainal Abidin Hassan gagal menjulang trofi berkenaan apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan akhir di Singapura.


Kali terakhir pasukan negara menewaskan Indonesia dalam final kejohanan utama adalah pada Sukan SEA 1979 di Jakarta 1-0 menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.


Sumber Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia