Translate

Wednesday, December 22, 2010

Raja Muda Perlis lancar kempen


DI DALAM dewan 2020, Kangar inilah Kempen 1Malaysia 1Halal berlangsung bermula hari ini hingga Ahad ini.




KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Kempen 1Malaysia 1Halal yang berlangsung di Dewan 2020 di sini hari ini.
Kempen tersebut bakal mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan syarikat pengeluar produk halal terbanyak iaitu 75 peserta selepas edisi pertama yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur (lebih 50 peserta) pada Februari lalu.
Antara syarikat tersebut iaitu Yakult (M) Sdn. Bhd., Halagel (M) Sdn. Bhd., Chemical Company of Malaysia (CCM), Mamee-Double Decker (M) Berhad, Permata Hijrah dan banyak lagi yang pasti memikat hati para pengunjung untuk berbelanja.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin, kempen yang akan berakhir pada Ahad ini dibuka kepada orang ramai bermula pukul 9 pagi hingga 10.30 malam.
"Selain pameran gerai barangan oleh syarikat terbabit, penganjuran kempen ini turut menganjurkan seminar dan forum perdana berkaitan piawaian halal melibatkan penyertaan para usahawan dan orang ramai," katanya.

Sumber Kosmo

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia