Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhan daripada berkembang berdasarkan beberapa percanggahan dalam fahaman itu sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum lain.
Oleh kerana itu, sahabat bersetuju melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik saja wafat Rasulullah SAW dan Saidina Ali sendiri bermubaya'ah dengan Saidina Abu Bakar.
Jelas dalam al-Quran dan hadis sahih bahawa yang maksum hanyalah rasul dan anbia’ saja. Oleh itu dalam hal berkaitan akidah, memerlukan kepada dalil yang qat’ie.
Ini dijelaskan ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” – (Surah An-Najm, ayat 3 - 4)
Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari seperti didakwa golongan Syiah itu. Malah apa yang jelas melalui hadis Nabi SAW, Imam Mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah.
Sabda Baginda yang bermaksud: “Daripada Abu Said katanya, Rasulullah bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah selama tujuh tahun.” – (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Tidak ada dalam al-Quran atau hadis sahih menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah apatah lagi lebih daripadanya. Dengan kepercayaan keterlaluan terhadap Saidina Ali ini, adalah menyeleweng dan satu khurafat yang sangat nyata.
Nama Saidina Ali tidak ada dalam al-Quran, kerana beliau bukan seorang nabi atau rasul, tetapi hanya sahabat dan menantu Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga. Namun Nabi Muhammad sendiri tidak disanjung dan dipuja para sahabat secara berlebihan sehingga melampaui batas.
Nikah mutaah diharamkan Nabi Muhammad SAW buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis sahih sebelum Baginda wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.
Daripada Ali bin Abu Talib katanya: “Bahawa Rasulullah SAW melarang nikah mutaah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai jinak.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)
Sumber: Buku Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah, JAKIM
Sumber Berita Harian
No comments:
Post a Comment
Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.