"Kita di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah (pun) ada perbezaan pandangan, (maka) ini kita beri tumpuan dahulu.

Isu Syiah meletus semula apabila seramai 128 pengikut Syiah ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves pada Rabu lalu, dipercayai tangkapan terbesar melibatkan pengikut ajaran itu.
Dua daripada telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti. Selebihnya dijangka menghadapi pertuduhan sama pada Mac tahun depan.
Dalam sidang media di institut itu di ibu negara pagi ini, Dr Nik Mustapha berkata, sekiranya umat Islam memahami perbezaan pandangan dalam pelbagai mazhab, tidak akan timbul sebarang masalah dalam masyarakat.
"Yang penting faham. Itu sebabnya kita mesti ada kefahaman. Perbezaan pandangan adalah perkara kecil, bukan perkara asas. Iktikad tidak berbeza," katanya.
Menurut Dr Nik Mustaphan lagi, IKIM juga akan menganjurkan lebih banyak majliz muzakarah pakar bagi membincangkan perkara itu.
Sumber Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.