Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan perkara yang amat pentiing di zaman yang semakin dan meningkat maju kini. Masyarakat semakin sedar bahawa teknologi yang semakin canggih menyebabkan perubahan pesat dalam hidup sesebuah masyarakat. Oleh itu, masyarakat Malaysia kini berusaha untuk mengikuti perkembangan teknologi dalam dan luar negara.
Dengan tertubuhnya ICT Hub di negeri Pahang, dapatlah masyarakat dan rakyat negeri Pahang mengambil kesempatan dan peluang yang diberikan untuk kegunaan mereka. Program 1AzamKit yang akan berjalan di seluruh daerah di Pahang akan memberi impak yang baik kepada penduduk negeri Pahang utamanya para pelajar dan kanak-kanak sekolah.
Berikut adalah bentuk program yang akan diberikan manfaatnya kepada rakyat negeri Pahang.
- Program ICT Awareness = Program ini adalah satu program yang akan meberi peluang kepada ibu-bapa bahawa ICT bukan sahaja untuk kanak-kanak, remaja, malahan untuk mereka. Pengetahuan tentang ICT adalah penting. Jika kita tahu akan kepentingan tetapi tidak berdaya untuk mengunakannya kerana kurang pengetahuan tentang teknologi tersebut, bagai ada kereta tapi tak pandai bawak. Walaupun begitu, kita harus mencari jalan untuk membawa kereta tersebut dengan belajar dan mengambil lesen. begitulah juga dengan ICT, jika kita komputer dirumah tetapi kita tidak mengambil manfaat darinya. Apa gunanya?.
- ICT Cambridge = program ict Cambridge bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengenai komputer dan pengunaannya. program ini sekali gus juga memberi ruang untuk pelajar memdapat kelulusan dan sijil. untuk mendapatkan sijil, pelajar perlu lulus dengan baik semasa proses penilaian.
No comments:
Post a Comment
Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.