Translate

Thursday, January 27, 2011

Nelayan perlu salur maklumat

KUALA PERLIS - Ketua Pengarah Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish menggesa nelayan dan penduduk tempatan yang tinggal di kawasan pinggir pantai untuk menyalurkan maklumat mengenai kegiatan yang mencurigakan di perairan negara.

Menurutnya, nelayan dipinta menjadi mata dan telinga APMM dalam usaha membanteras kegiatan pencerobohan dan penyeludupan di sekitar perairan negara.

Beliau berkata, ganjaran akan diberikan kepada pemberi maklumat ini sekiranya aktiviti jenayah itu berjaya ditumpaskan bagaimanapun, nama penyalur maklumat akan dirahsiakan untuk keselamatan mereka.

“Ganjaran itu akan diberikan sebagai galakan kepada golongan nelayan untuk menyalurkan maklumat kepada penguat kuasa bagi memastikan perairan negara bebas daripada sebarang aktiviti yang merugikan.

“Bagaimanapun, kerjasama sebegini amat kurang dan kita akan meningkatkan lagi program bagi mengeratkan hubungan antara masyarakat nelayan dengan APMM.

“Saya berharap nelayan yang melihat perlakuan mencurigakan berlaku di laut terus menghubungi pejabat APMM secepat mungkin supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya di Majlis Penyerahan Kapal Pertama jenis 20 meter Search and Rescue (SAR) APMM di PME, Kuala Perlis

Mohd Amdan berkata, APMM sentiasa mengadakan program bersama penduduk bertujuan mendekati sekali gus mewujudkan hubungan bersama mereka agar maklumat mudah disalurkan.

Katanya, nombor telefon APMM juga sudah diedarkan untuk kemudahan mereka melaporkan sebarang kejadian yang berlaku namun, amat mengecewakan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab bertindak menjual maklumat mengenai pergerakan APMM untuk mengaut keuntungan peribadi.

“Kita akan pantau perkara ini kerana ia bukan sahaja menyukarkan penguatkuasaan APMM malah akan merugikan negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia