Translate

Wednesday, January 26, 2011

Aku Sedih tengok Cikgu ZAMAN Sekarang

Ni nak cerita skit pasal cikgu-cikgu yang ada kat dunia ni. Ni kisah benar yang terjadi kepada aku di SK XXX di kuantan. Aku bukan nak kacau orang yang dah jadi cikgu, bukan nak halang orang jadi cikgu, tapi klu nak jadi cikgu, jadilah cikgu yang baik.. Sebelum tu. cikgu yang aku cakap ni jawatan dia Guru Besar, bukan sebab badan dia besar,tapi dia dapat jawatan guru besar. nak buat cam na. kisah dia macam ni..

Aku dan seorang hamba Allah bernama Miss L, ini kisah Miss L dengan cikgu besar ni( aku ada kat sebelah miss L je) . cikgu besar ni nama dia En S.. (bukan nama sebenar ye).. Miss L datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru besar berkenaan satu projek yang luluskan oleh PPD, pejabat Daerah, Kerajaan dan Kementerian. projek tersebut perlu melibatkan pelajar sekolah rendah. jadi Miss L pun pergi jumpa guru besar dan bagi keterangan. bagi la keterangan dalam 15minit. selepas itu guru besar tu kata Ok. Aku pun ingat ok la.. Tapi tak lama kemudian dia kena rasuk jadi hantu / jembalang/ Ngangkung dan macam macam la. . Dia kata tak boleh. saya tak benarkan pelajar sek saya. Setakat ni sahaja. Awak boleh balik. awak cari la sekolah lain.

aku pun naik heran dan pelik. sedih pun ada. dah la kena halau, Aku heran PPD dan benarkan, surat PPD pun ada. yang aku sedih sangat ni bukan apa. cikgu tu seorang melayu. Miss L datang sekolah pun nak tolong pelajar-pelajar melayu. adoi dunia. dunia.. tapi dah guru besar tak benarkan plak. Tak pelah klu tak benarkan. tapi cakap la elok2. Awat hang ingat hang cikgu hang bagus sangat. takpelah. cikgu besar. hari ini hari engkau, esok hari aku. tunggu la..

Oklah. kisah diatas adalah benar, saya harap semua yang bergelar guru akan berubah. Nak jadi guru jadilah guru yang memajukan sekolah dan anak murid. bukan yang menghalang anak muridnya melakukan perubahan demi kemajuan.

kisah ini ada kaitan dengan contest aku ada impian. sebab impian aku nak jadi guru, tapi tak kesampaian. nak buat cam mana. tapi bila aku aku tgk guru besar punya perangai. nak je aku hempok laptop aku atas kepala guru besar tu.

"saya tahu contest "aku ada impian" dari Blog Cikgu Dahlia"



terima kasih cikgu sebab perangai cikgu macam tu.




No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia