Translate

Wednesday, January 19, 2011

Ali Cabar Hashim

PADANG BESAR – Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Padang Besar, Ali Ismail mencabar bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh untuk tampil berdebat dengannya berkaitan isu ‘Talkin Untuk UMNO Perlis’ yang pernah dibangkitkan Hashim sebelum ini.

Ali yang juga ketua UMNO cawangan Batu Bertangkup berkata, Hashim sebagai orang yang berpengalaman dalam politik dan individu yang berani membangkitkan isu berkenaan mesti berani menyahut cabaran yang dikemukakannya.

“Saya sendiri akan mewakili UMNO Perlis berdebat dengan Hashim yang membangkitkan isu berkaitan ‘Talkin untuk UMNO Perlis’ selain gemar mengeluarkan kenyataan yang meragukan kepada UMNO negeri ini.

“Tiada siapa yang layak untuk berdebat dengan saya selain Hashim. Saya percaya debat ini akan merungkai segala permasalahan dan perkara yang timbul dalam UMNO Perlis dan motif Hashim membangkitkan isu berkenaan,” katanya yang sudah mencadangkan dua individu untuk menjadi perantara dalam debat itu.

Dua individu itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Yazid Mat dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Difahamkan, Ali pernah mengemukakan hasratnya untuk berdebat dengan Hashim dalam Mesyuarat Bahagian yang dipengerusikan oleh Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Dalam mesyuarat itu, cadangan Ali turut dipersetujui dan mendapat sokongan majoriti 20 ahli yang hadir di Bilik Gerakan UMNO Bahagian di Beseri Ahad lalu.

Sementara itu, Ali berkata, beliau menyerahkan kepada Hashim untuk memilih tarikh dan tempat yang sesuai bagi mengadakan debat terbabit bagaimanapun, berharap ia akan diadakan sebelum bermulanya mesyuarat cawangan pada 1 Mac hadapan.

Terdahulu, difahamkan Hashim akan menganjurkan majlis talkin untuk UMNO Perlis di negeri ini sejurus selepas pengumuman Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, baru-baru ini.

Majlis yang dikatakan akan dihadiri beberapa pemimpin veteran UMNO Perlis itu dianjurkan atas rasa tidak puas hati dengan keputusan UMNO Pusat mengekalkan Md Isa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Sinar Harian Utara

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia