Translate

Tuesday, January 11, 2011

Amar Terkilan

yang mana satu. cuba teka


KANGAR – “Saya terkilan apabila mendapati ramai rakan-rakan Skuad Harimau Malaya mendapat penghargaan terbaik daripada Kerajaan Negeri masing-masing,” kata penyerang tengah Skuad Harimau Malaya, Amar Rohidan di sini, semalam.

Beliau yang menyertai skuad kebangsaan menjulang Piala AFF pada bulan lalu di Indonesia sehingga kini belum menerima sebarang sumbangan dan ganjaran daripada Kerajaan Negeri.

Menurutnya, beliau tidak menaruh sebarang ganjaran besar memadai sekadar sokongan dari pihak terbabit.

Beliau berkata, baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Datuk Md Rawi Kassim hadir ke rumahnya di Taman Emas, Bukit Keteri untuk menyampaikan penghargaan di atas kejayaan yang diraih bersama skuad kebangsaan.

Selain itu, ada seorang pegawai di pentadbiran Kerajaan Negeri menghubungi bapanya, Rohidan untuk mendapatkan butiran peribadi mengenai dirinya dan memaklumkan akan menganjurkan sebuah majlis khas tetapi tidak menyatakan tarikh majlis itu.

“Saya masih tertunggu-tunggu majlis berkenaan memandangkan saya mempunyai jadual ketat termasuk mengadakan latihan bersama skuad Kedah,” katanya ketika ditemui.

Sebelum itu, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) memberikan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada Amar yang disampaikan Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim

Shahidan yang juga Pengerusi Yayasan Pok dan Kassim (YPK) di sini berkata, ganjaran itu diberikan kepada Amar sebagai penghargaan terhadapnya kerana sudah mengharumkan nama Malaysia dan Perlis khasnya.

Menurutnya, pihaknya berbangga dengan pencapaian Amar yang juga anak kepada pasangan Rohidan Rashid dan Che Ah Md Isa kerana menunjukkan prestasi dan disiplin yang baik sepanjang menyertai skuad bimbingan K Rajagopal.

“Insentif itu diberikan kepada Amar sebagai penghargaan kepadanya kerana sudah mengharumkan nama Perlis. Dia layak menerimanya kerana prestasi dan disiplin yang tinggi dalam sukan bola sepak.

“Selain disiplin, pemain perlu konsisten dalam setiap perkara yang dilakukan untuk mencapai kejayaan lebih tinggi dan bertaraf dunia,” katanya.

Sumber Sinar Harian Utara

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia