Translate

Saturday, January 15, 2011

Mercu Perlis

KANGAR – Menara berkembar 15 tingkat yang dicadangkan dibina di pinggir Sungai Perlis, di sini bakal menjadi mercu tanda Perlis selepas pembinaannya siap dijalankan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat berkata, menara berkembar berkenaan adalah projek antara MPK dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).

Menurutnya, antara kemudahan yang dicadangkan untuk disediakan di bangunan tersebut ialah ruang pejabat, ruang perniagaan dan tempat letak kereta bertingkat.

“MPK akan menyediakan tapak projek seluas 1.2 hektar dan kos pembinaan dibiayai oleh PKENPs, manakala kawasan cadangan pembinaan tersebut sebelum ini merupakan tapak Pasar Besar Kangar.

“Sehingga kini, rundingan pembinaan antara MPK dengan PKENPs sudah memasuki fasa akhir,” katanya ditemui selepas mengadakan mesyuarat MPK kali pertama bagi 2011, di sini.

Rosley berkata, apabila siap projek itu nanti, Pejabat MPK di Persiaran Jubli Emas yang kini sesak disebabkan kekurangan tempat meletak kenderaan akan dipindahkan ke bangunan menara berkenaan.

Tambahnya, pembinaan projek perhentian bas bersepadu di Seriab bagi menggantikan Stesen Bas Ekspres Kangar akan tetap akan dilaksanakan dan diharap dapat digunakan menjelang Jun ini.

Sementara itu, Mesyuarat berkenaan sebulat suara bersetuju melantik tujuh ahli majlis untuk mempengerusikan beberapa portfolio penting bagi memantapkan pentadbiran operasi MPK.

Mereka ialah Sim Eng Hock yang memegang portfolio (Pengerusi Perlesenan), Kamaruzaman Hamzah (Pengerusi Bangunan), Chan Poo Pee (Pengerusi kacau ganggu dan halangan), Wahab Abdul Majid (Pengerusi Kemudahan Awam), Kamarudin Abdul (Pengerusi Alam Sekitar) dan Jasmi Johari (Pengerusi Rekreasi dan Keceriaan).

Sumber Sinar Harian Utara

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia