Translate

Tuesday, January 18, 2011

Cadangan Mufti

KANGAR, 18 Jan (Bernama) -- Mufti Perlis Dr Juanda Jaya meminta institusi kewangan mempermudahkan pinjaman kepada peniaga bagi mengelak mereka ini meminjam daripada "Ah Long" yang mengamalkan sistem riba.

Beliau turut mencadangkan Baitulmal supaya membantu peniaga yang memerlukan modal supaya mereka tidak terperangkap dengan Ah Long yang menawarkan pinjaman mudah.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri seminar riba, pengurusan harta (wasiat) dan pengurusan kewangan anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perlis dan Bank Muamalat Malaysia Berhad di sini Selasa, beliau berkata peniaga yang membuat pinjaman kepada Ah Long kerana prosesnya lebih mudah.

Bagaimanapun kesan buruk yang dihadapi oleh peniaga terutama yang beragama Islam ialah wujudnya sistem riba di samping ancaman tertentu jika gagal melunasi hutang dengan sempurna.

Beliau berkata, pinjaman yang berteraskan sistem riba yang keterlaluan tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menambahkan beban kepada mereka yang membuat pinjaman itu.

Juanda menasihati umat Islam memilih skim pinjaman yang mengikut hukum syarak kerana semakin banyak institusi kewangan kini melaksanakan perbankan Islam.

Seminar sehari yang disertai lebih 400 ketua jabatan dan imam seluruh Perlis itu dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid yang turut menasihati anggota-anggota perkhidmatan awam supaya tidak terjerat dengan perangkap Ah Long.

Sumber Berita Bernama

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia