Translate

Tuesday, February 1, 2011

KPDNKK Tegas

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemborong dan peruncit yang bertindak menyorok bekalan minyak masak yang disalur kepada mereka.

Timbalan Pengarahnya, Razali Lebai Salleh berkata, pihaknya akan bertindak membatalkan lesen yang dikeluarkan terhadap pemborong minyak masak dan peruncit, kerana perbuatan terbabit boleh mengundangkan kemarahan orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengagihkan bekalan minyak masak sebanyak 52 tan metrik, bagi menampung keperluan pengguna yang menghadapi masalah mendapatkan bekalan minyak masak sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, bekalan minyak masak berkenaan sudah cukup untuk menampung keperluan pengguna untuk tempoh tertentu, jika bekalan terbabit disalurkan secara adil dan saksama.

“Justeru, kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemborong dan peruncit yang bertindak menyembunyikan stok bekalan termasuklah bersubahat menyeludupnya ke negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2011 di Pasar Pagi Seri Mahkota, di sini, semalam.

Razali berkata, pemantauan akan dilakukan setiap dua kali sehari di sekitar premis perniagaan di sini, bagi membanteras kesalahan menyorok bekalan seperti yang dilaporkan.

“Anggota penguat kuasa di sempadan sudah diarahkan meningkatkan kawalan di pintu keluar negara, bagi memastikan bekalan minyak masak yang disubsidikan kerajaan tidak dibawa keluar,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia