Translate

Tuesday, February 1, 2011

Warga Emas Terkejut

KANGAR - Seorang warga emas terkejut apabila menerima sepucuk surat saman atas kesalahan menunggang motosikal berkuasa 500cc dengan laju di Kuala Lumpur.

Bakar Ismail, 85, dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, berkata, surat saman atas kesalahan yang dilakukan pada 30 November 2010 yang diterimanya itu tertera nama dan nombor kad pengenalan berserta nombor motosikal miliknya dengan betul.

Bagaimanapun, motosikal miliknya adalah jenis kapcai Honda C70 (70cc) bukannya motosikal berkuasa 500cc seperti yang tertera dalam surat saman, malah motosikal itu tidak pernah keluar dari Perlis.

“Saya pelik apabila menerima surat saman pada 30 Julai 2010 lalu, kerana kesalahan menunggang motosikal berkuasa 500 cc melebihi had laju di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pada jam 1.53 tengah hari, 30 November 2010.

“Kesalahan menunggang pada kelajuan 98 kilometer per jam (km/j), sedangkan had kelajuan ditetapkan adalah 80 km/j,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia kini bimbang namanya akan di senarai hitam kerana didakwa melakukan kesalahan menunggang motosikal berkuasa tinggi itu memandangkan Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman mengeluarkan notis mengarahkannya menjelaskan bayaran saman secepat mungkin.

“Saya berasa bimbang akan di senarai hitamkan atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan,” katanya


No comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen,
sudah baca bagilah komen.

Blogger templates

Popular Posts

 

© 2012 Sembang Perlis Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia